Dah lame rasenyer x up to date blog ni..ye lah bizy memanjang je..kerja..kerja..kerja..so ary ni nak citer sikit tentang sejarah aku memiliki Rumah Mampu Milik Johor ( RMMJ ). Memang salah satu impian aku untuk memiliki rumah idaman sendiri. Ye lah kalau diikutkan aku bukanlah datang daripada keluarga yang kaya raya. Abah dan emak aku selalu mengajar jika kita mahukan sesuatu mesti usaha guna keringat sendiri jangan mengharap bantuan orang lain.
Ok cam dah jauh tersasar citer aku ni.Kita kembali ke pangkal jalan.hehehehe..Berbalik mengenai citer rumah mampu milik johor ni memang aku tak terjangka untuk mendapatkannya dan tidak ada dalam perancangan untuk memohon. Nak dijadikan cite one day member office aku dtg kat aku and then story kat aku yg scientex quatari de buka utk permohonan rumah mampu milik johor kat area situ. Member pun bg lh flyer tu kat aku..
( ni lah die flyer yg member aku bg kat aku tu..)
Mula-mula berlagak rase cm malas nak apply. Bila balik umah dok bincang ngan mak abah aku, die org pun bg green light. Die org pun rase better aku apply je dulu mana tahu rezeki aku dapat nanti. Kalau difikirkan dekat JB ni mana ada lagi umah berharga below RM 150k. So aku buta-butalah
try apply. Permohonan mesti dibuat melalui ONLINE dilaman sesawang SUKJ. Sebelum apply tu baca dulu syarat yang dia nak jgn dok membuta tuli je key in data..hahahaha..
itu antara panduan dan syarat permohonan yang dikehendaki. Alhamdulillah semua syarat yang dikehendaki semua layak utk aku apply. So proses pendaftaran pun bermule..bile proses pendaftaran dah selesai SUK minta hantar dokumen ke Nusajaya. So bermula proses gigih aku menyediakan dokumen. Dokumen hendaklah mempunyai cop pengesahan syarikat dan tidak lupa salinan akuan sumpah yg dibuat di Pejabat Suruhanjaya Sumpah. Dokumen complete terus submit ke SUK. Dokumen yg sama juga perlu dihantar ke pemaju. Nasib baiklah aku wat 3 salinan so satu lagi salinan aku simpan sebagai sumber rujukan. Bila semua dah selesai so just tunggu proses panggil tuk kelayakan. Berdebar juga hati ini.
After 6 month pemaju call beritahu aku layak memiliki rumah. Die org minta aku datang untuk cabut undi lot ( ingatkan lot boleh pilih sendiri..hahahha ). Tersemangat skjp aku..hahahha..Mana tak nya cam tak percaya punya ramai yang apply aku terpilih. Rezeki daripada Allah swt. Seperti yang dijanjikan aku pergi ke tempat untuk mencabut undi nombor lot di Hotel KSL. Sampai di sana ya ampun ramainya org. Dah mcm mega sale aku tgok..hahahaha..sampainya di kaunter pendaftaran
aku diberi surat layak memiliki rumah oleh SUKJ. Die org ckp cabutan nombor lot akan dibuat pada pukul 3ptg..Aku tgok jam bawu pukul 11pagi.hahaha..Tu lah teruja punya pasal. Kata org sampai awal tu lebih selamat bukan.hahahah
So kerana aku membeli rumah PKJ B (RM 80K) cabutan undi lot akan dibuat pada hari yang sama. Manakala siapa yang beli rumah RMMJ (RM 150K) cabutan akan dibuat pada hari keesokan harinya.
..Huhh..selamat pok cik. Kalau tak gegeh pok cik kene dtg esok..hahahaha.
Lama juga nak tggu proses cabut undi. Bila tiba giliran aku cabut undi berdebar bukan kepalang..hhaha ( cam nak angkat nikah je )..cabut punye cabut dapat lot tgh..amekaw...betul2 tgh hhahaha..Tapi tak apa bersyukurlah daripada tak ada langsungkan..
So bila dah cabut undi proses ambil sijil dan bayar booking rumah RM 200 pula perlu dijelaskan. Alhamdulillah siap step pertama untuk memiliki rumah. So step seterusnya akan kuceritakan pada entry yang berikutnyer..kbai!!!
DALAM STATUS KENA BUAT BAYARAN UNTUK DAPATKAN SIJIL LAYAK RUMAH..KENA TUNGGU SURAT SAMPAI OR TERUS PERGI PEJABAT PERUMAHAN BUAT BAYARAN
BalasPadamsis nk tyer kalo kite kne hadir untuk undian to ...maknernyer kite mmng akan dpt PTD ke?or undian to dibuat naseb2 siapa no naik die yg dapat rumah? maaf saya tak berapa faham
BalasPadamSaya dh hantar dokumen dekat sukj... Tapi dekat pemaju tu nak hantar dekat mana ye?
BalasPadamboleh tk share.. step yg seterusnya... permohonon - Diterima - Cabutan - Number naik - buat sijil rumah - apply bank loan- loan approve dapat offer letter - tunggu lawyer - call da call - appt next week - lepastu ... buat ape lagik
BalasPadam