Isnin, 19 Oktober 2015

Step #2 Permohonan Rumah Mampu Milik Johor

  Ok tgok jam sempat lg up to date blog. So Kali ini aku akan sambung tuk next step selepas first step yang aku ceritakan tadi. Selepas semue urusan proses cabutan lot rumah selesai, keesokan harinya aku menghantar salinan dokumen ke pemaju (Scientex Quatari) utk proses pinjaman bank. Antara dokumen yang diminta :

a) Salinan Kad pengenalan
b) Statement bank ( 6 bulan )
c) Salinan slip gaji ( 6 bulan )
d) Borang EA
e) Salinan penyata kewangan KWSP
f) Surat pengesahan majikan.

   Gigihnya aku pepagi menghantar ke pemaju..hahaha. PIC aku puan Rafidah memberitahu jika permohonan lulus bank akan call dalam masa 2 minggu after dokumen di submit. So aku pun berkire2lah..hahaha..Tapi apa yang wat aku terkejut tunggu punya tunggu dah masuk 3 minggu masih x de respon2 apa-apa daripada mana2 bank. Hati dah fkir lain ( gagal kot aku ni ).. hati dah mule fkir lain nak try cari bank sendri lah..itu ini sana sini..argghhh..stress boboy..hahaha..And then tanpa diduga pemaju call bertanya sama ada aku dapat menerima panggilan mana-mana daripada bank atau tak.. Aku pun jujurlah cakap tak ada. Pemaju cam pelik siap cakap dah ramai lulus loan kenapa aku still x dpt respon result dr mana2 bank. Manalah aku tahu, kalau bank tu abah aku punye confirmlah aku tahu kenapa ye tak?..Hati makin berdebar2..Perasaan hampir makin hancur.Conculusion nyer dua2 pihak tertanya2.

 So nak jd penyelesaiannya pemaju memberitahu kpd aku senarai empat panel bank yang tak memberi respon tu.

a) Bank Muamalat
b) Affin Bank
c) Public Bank
d) Hong Leong Bank

Pemaju de bitau die try hantar kepada lg 2 panel bank iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat. Alhamdulillah selepas beberapa hari proses submit wakil bank Rakyat call tuk wat interview..settle aku di interview die org call office aku plk nak wat pengesahan. After beberapa hari HQ bank Rakyat dr KL call loan aku lulus ( 90%) ...Syukur Alhamdulillah..n then pd yg sama public bank baru call bertanya dokumen bagai. Sorry aku tak berminat..and rate loan yg die bg pun rendah sgt dalam 80% cm tu so kalo aku wat loan ngn die bermakna deposit rumah aku 16K..matilanak..kat mane nak cekau duit bnyk cm tu. Akaun 2 KWSP aku pun x sampai cm tu..Aku dah fkir masak2 nak wat loan ngn Bank Rakyat je sebb die org bg pinjam 90%. So aku bayar deposit bawu dalam 8K..

Bile persetujuan termetrai ( ayat x leh bla ) maka bermula sign aggrement dan startlah pembayaran duit peguam dan pemaju. Ini adalah antara kos sepanjang proses pembayaran


Duit Deposit : RM 7800 + RM 200 (booking)
Peguam Pemaju : RM 1121.00
Peguam Bank : RM 1564.65

Tengok kat situ dah berabis berapa dalam masa sebulan menjelaskan pembayaran ( RM 10685.65 )..
Oh my godssssssssss..hahahaha..Tp x pe berkorbanlah sikit tuk masa hadapan kan..

Ok next entry aku akn kongsikan step seterusnya. Sebelum 'say bye'  nak belanja sikit rumah yang aku apply .PKJ B (80K)

(nie warna asal dalam planning..tapi dh bertukar maybe sbb x menyerlah kot..hahaha)

( nie warna yang dh declare oleh pemaju..kire ok lh dr warna oren tu..hahahaha)








( ambil gambar siap-siap t senang nak planning wat renovation..hahahah )

Okbai!!!



1 ulasan:

  1. rm 10685 tu smua dari cash sndri atau diambil dari potongan kwsp

    BalasPadam